Sunday 1 March 2015

Aqiqah + Birthday

Posted by ::_SweetoRiey_:: at 10:47:00
Assalamualaikum~ lama jugak tak memblog nih.. huhuhu...bila mood rajin datang je baru la ada semangat nak ngadap laptop nih.. tp kali ni aku rajinkan jugak diri ni sebab ada benda aku nak cite pasal majlis kat rumah aku.

alhamdulillah 28 Feb 2015 aritu dah selesai majlis aqiqah cucu2 Haji Zin & Hjh. Norihan. aqiqah ni boleh dikatakan besar2an jugak lah sebab buat untuk 3 orang sekaligus, 

Hana Sofia Binti Ahmad Tarmizi
Harith Daniel Bin Muhammad Huzaifah
Faheem Hakimi Bin Ahmad Fauzi

5 ekor kambing tumbang... macam biasa kambing golek la paling laku.. sempat la aku sebagai tuan rumah ni makan. huhuhu. alang2 tu, kiteorang sambut birthday akmal  faiq. 27 Feb 2015 akmal dah masuk 2 tahun. sebulan sebelum majlis kiteorang dah prepare.. cari catering, door gift, cake, cupcake & macam2 lagi lah. 


abang aku & kakak ipar aku (mama & daddy akmal & hana)

candy buffet ni kiteorang buat sendiri.. mula2 nak suruh orang lain je buat.. tapi mahal sampai beribu. so, kiteorang buat sendiri je. lagi jimat. barang2 semua kiteorang cari kat nilai 3 je. gula2, coklat & lain2 kiteorang beli kat kedai borong kat kajang. tema candy buffet mickey mouse, hitam putih & merah, sebab akmal suka sangat dengan mickey.. 


ni gambar malam sebelum majlis 



kakak & abang ipar aku (mummy & daddy faheem) dengan kawan dieorang


abang aku & kakak ipar aku (mummy & daddy Harith)

okey.. sekarang aku nak cite bab lain pulak. kakak ipar aku (mama akmal & hana) mintak tolong aku untuk usha2 & tempahkan cake & cupcake mickey mouse untuk birthday akmal nanti. so, aku pon mula lah cari kat fb, insta & goggle design yang aku nak. cari punye cari, aku jumpa la  kt fb. nama dia CUPCAKE HUDA. aku bagi design yang aku nak (aku cari kat tenet). aku nak betul2 sebijik macam dalam gambar yang aku bagi kt dia and orang tu kata dia boleh watkan. majlis start pukul 11.30 a.m. jadi aku suruh cupcake huda tu hantar ke rumah aku dalam pukul 9 a.m. tiba hari kejadian, cupcake huda hantar betul2 pukul 9. bila aku tengok cupcake tu.. sangat2 lah puas hati... siyes aku cakap.. dia buat betul2 sebijik macam yang aku nak.. macam mana gambar dalam tenet yang aku bagi kat die.. macam tu la dia buatkan untuk aku.. sedap pon sedap.. aku tempah dalam 80 biji. habis licin~ aku sempat la makan 1. huhu.. kedai cupcake huda ni dekat cheras. cupcake huda siap bg diskaun kat aku haa.. so.. 5 bintang aku kasi~ 


cupcake huda


cupcake huda


sekarang aku nak cite bab cake pulak.. aku ada jumpa kat insta. nama dia cakebros_passionbite. aku ws, orang dia memang layan baik.. so bagi aku,, bagus kot orang ni. bila aku tengok kat insta.. siap dah pernah masuk WANITA HARI INI TV3. dekat dalam insta dia aku tengok ada gambar elly mazlein (artis) potong cake masa kahwin ritu. so, bagi aku..ok lah nih.. tempah kt orang ni jela.. aku nak fondant cake. macam biasa aku bagi design yang aku goggle kat tenet, aku tanya boleh buat ke tak, aku tanya harga semua & aku bagitahu yang aku nak cake tu betul2 macam dalam gambar yang aku kasi. jawapan cakebros semua okeyhhh..~ so, lega~


aku mintak cake setingkat je, tapi design aku nak macam cake 2 tingkat kat bawah ni.



aku mintak dia hantarkan ke rumah aku pagi tu macam yang aku mintak kat cupcake huda. okeh, dia hantar memang tepat pada masa. tp........ hum.. siyesly.. kecewa yang amat... RM 280 tapi hasil dia??? korang tengoklah sendiri....



aku bayangkan nampak la colour2 laen.. tp merah kuning je dia bagi.. jimatttt sangat kannn~

ya Allah.. kecewa yang amat.... ni dalam gambar.. kalau perhati depan2 mata, sangat2 teruk. langsung tak macam yang aku bayangkan & yang aku nak. 



nama akmal tu ada tinggi, ada rendah. tulisan pon ntah pape je. kalau perhati kat huruf  'a' tu siap ada tampal2 macam salah buat pastu cover. dekat cake pon sama (kat bahagian warna merah) macam berlubang.. pastu gentel2 yang lain, tampal. 



"happy birthday"" dia sangatlah buruk.. memang langsung tak sama macam yang aku nak..hum.. kalau macam ni anak buah aku pon ley wat..


nama akmal lagi rendah dari patung2...

HARGA CAKE NI RM 280!!!!!

yang hantar adik kepada orang cakebros. masa dapat tu memang kakak aku cakap je depan2. cake apa macam ni? macam kerja last minit.. padahal 2 hari sebelum majlis aku dah ws. cake tu aku bayar je full sebab pikir nanti nak bagi tetamu makan.. tak sedap la plak kalau bagi orang makan tapi cake tu tak bayar. lepas dapat je cake tu, aku ws cakebros tu (nama dia syukri)...

masa ni rasa marah tu.. Allah je tau.. nampak tak tick biru tu.. ws ni dia baca.. tapi dia tak reply.. sampai ke sudah tak reply. balas maaf pon takde. memang sangat2 kurang ajar. at least kalau dia reply mintak maaf, lembut la jugak hati ni.. aku tunggu jugak sampai pukul 1 ada orang hantar cake lain ke ape..tp memang tak lah kannn orang tu nak wat macam yang aku suruh. pukul 3 camtu baru kteorang bawak keluar cake tu. cake kat bahagian dalam tu cake murah je. boleh cari kat kedai biasa. kat giant ke mana2. cake tu aku tak kesah mana la.. sebab apa yang aku nak, cake tu macam gambar yang aku kasi. tp yang aku dapat?? alahai.. aku tau la aku ni bukan artis.. so, ko buat keja pon sambil lewa je asalkan siap? melayu oh melayu.. kalau macam ni la gayanya ko berniaga.. tak tau la aku nak cakap. duit tu aku tk tau nak halalkan ke tak.. harga nak dekat rm 300 tapi yang aku dapat? langsung takde kualiti.. sampaikan cake tu kakak ipar aku tambah sendiri hiasan bagi  nampak ok sikit.


gambar ni aku amek lepas dah habis majlis..


sudahnya, bazir macam tu je lah.. cake die kat bahagian dalam tu keras.. langsung tkde rasa.. ntah la aku nak cakap macam mana lagi.. kesimpulannya, bagi aku.. kadang2 bila orang tu dah terkenal dan ada nama.. pelanggan biasa macam kita ni dorang buat kerja sambil lewa je tak kesah pon. tp kalau artis? masuk tv bagai? mesti tip top an kerja dorang wat? hum.. biar Allah je la balas apa yang dorang wat. kalau aku jahat.. aku boleh nak burukkan nama cakebros tu kaw2 lam fb & insta. tp biar jela tuhan yang balas. 

okeyy.. tu je la aku cite.. kalau mood aku rajin.. benda lain plak aku share.. daaa..~

xoxo!!


0 comments:

Post a Comment

 

:: mariam zin's blog :: Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting